DOAKU

"YA ALLAH,CUKUPKANLAH AKU DENGAN REZEKI-MU YANG HALAL (HINGGA AKU TERHINDAR DARI PADA YANG HARAM. KAYAKANLAH AKU DENGAN ANUGERAH-MU, (HINGGA AKU TIDAK MEMINTA)KEPADA SELAIN-MU"

Tuesday, 12 July 2011

GAMBAR EKSLUSIF :

[senyum+1.jpg]      BABY TERSENYUM DALAM RAHIM IBU..
Gambar baby di atas menunjukkan baby yang masih di dalam rahim ibu yang mana dikatakan boleh tersenyum, mengelipkan mata, menguap, mengerut dahi dan..menangis. Sehingga kini, para doktor berpendapat bahawa janin dalam rahim ibu, tak dapat tersenyum sampai beberapa minggu setelah lahir. Tetapi berbeza pula dengan pendapat seorang Profesor Inggeris iaitu Prof Stuart Campbell yang merupakan pakar didalam teknik rekaman gambar ini dan menyatakan pendapat tersebut tidaklah benar sepenuhnya. “Para pengamal perubatan berpendapat, bayi tidak tersenyum sehingga usia 6 minggu setelah lahir. Padahal, sebelum lahir pun bayi-bayi itu sesekali tersenyum.” Gambar-gambar ini, dirakam menggunakan ultrasound 4D, yang mana mencatat gema/gaung yang berasal dari rahim ibu, dan mencatatnya secara digital. Pengkajian yang dilakukan selama berjam-jam lamanya, telah menghasilkan gambar yang sungguh menakjubkan.
Sesungguhnya, ia menunjukkan kebesaran Allah s.w.t yang menjadikan manusia sebagai sebaik-baik makhluk.
[janin.jpg]

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERKEMBANGAN BABY ANDA BOLEH KLIK LINK DI BWAH:

http://www.babycenter.com/baby

No comments:

Post a Comment